Tugas Bahasa Indonesia 

Biografi tokoh di negara

Malaysia

TUN ABDUL RAZAK


Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan’ telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Nama Abdul Razak itu bermakna, ‘Hamba Allah’, maka benarlah beliau senantiasa memikir dan bekerja menurut suruhan Allah di mana senantiasa memikir dan berusaha memperbaiki kehidupan rakyat jelata. Bapa beliau digelar Orang Kaya Indera Shah bandar Datuk Hussein Bin Mohd Taib yaitu daripada keturunan pahlawan Sulawesi, Indonesia yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang dan kemudian menetap di Pahang. Ibu Tun Abdul Razak bernama Hajah Teh Binti Daud dan merupakan orang biasa. Tun Abdul Razak adalah daripada keluarga yang bertaraf bangsawan dan hidup dalam serba kemewahan. Oleh itu, keluarga beliau amat disegani di kalangan penduduk Pekan, Pahang.


Tun Abdul Razak adalah seorang “innovator” yang dinamis bukan sahaja dalam hal-hal pembangunan negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Perdana Menteri kedua Malaysia ini telah merancang pelbagai pembaharun dan menggubal dasar baru dalam mentadbir dan membangunkan negara. Di sebalik perwatakannya yang lemah lembut dan pendiam itu, beliau merupakan seorang pemimpin yang gigih yang tidak kenal erti kegagalan dalam usaha-usaha beliau untuk mengubah corak kehidupan rakyat luar bandar khasnya. Dengan penglibatan dan sumbangan-sumbangannya Malaysia kini bukan sahaja dikenali tetapi bangga akan kejayaan-kejayaan dan kedudukannya dalam kalangan negara-negara yang maju. Tun Abdul Razak telah mencurahkan tenaga dan seluruh hidupnya kepada perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan keamanan. Jasanya tidak ternilai dan budinya terhadap negara tidak terbalas.


Tun Abdul Razak telah pulang ke rahmatullah ketika usianya menjelang 54 tahun, di London pada 14 Januari 1976.


Perlantikan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 terlebih dahulu disusuli oleh pengalaman lebih daripada 20 tahun sebagai ahli UMNO, 19 tahun selaku Timbalan Presiden UMNO, 15 tahun menjadi Menteri di berbagai Kementerian dan selama 21 bulan sebagai Pengarah MAGERAN. Rancangannya sebagai Perdana Menteri jelas dari kata-katanya “Tiga Belas Tahun Merdeka, jika diibaratkan sebuah rumah, kita telah mendirikan rangka, tiang, atap dan lantai. Sekarang kita mestilah mengadakan dinding dan perkakas-perkakas yang lain supaya rumah itu dapat menurut bentuk dan rupa yang kita benar-benar kehendaki”.


Pada pertengahan tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun. Implikasi Dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk seramapang dua mata – menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Penjelmaan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara ti tengah-tengah rakyat berikutan dengan Peristiwa 13 Mei telah memberi satu dorongan dan semangat baru kepada rakyat untuk maju setapak lagi ke depan dalam perjuangan mereka ke arah memupuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial.


Dengan beberapa kejayaan ini, Tun berusaha bagi memperkukuhkan UMNO selepas kegiatan politik dipulihkan pada tahun 1971. Waktu beliau menjadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat UMNO menubuhkan beberapa Biro di peringkat pusat wujud ke hari ini. Bagi memupuk kerjasama dalam politik bergabung di bawah satu bumbung. Pembentukan Barisan Nasional pada tahun 1974 adalah langkah yang konkrit ke arah kerjasama tersebut. Niat Tun sungguh murni kerana jarang sekali sebuah parti pemerintah yang besar mahu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang. Dengan pembentukan Barisan Nasional, Tun berjaya menukarkan politik konfrantasi di negara ini kepada politik akomodasi.


Keteladanan biografi : Biografi Tun Abdul Razak memberikan keteladanan penting nya membentuk satu dasar luar yang berkesan untuk menjamin keselamatan negara dan rantau Asia Tenggara.Bertujuan menjalin persahabatan dengan semua negara-negara yang menghormati serta ingin bersahabat dengan Malaysia tanpa mengira ideologi politik atau sistem sosial mereka.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

RESENSI BUKU

OBSERVASI TANAMAN KENCUR