ALAM
Nama : Meliana Dewi L.
kelas : X-6
DEFINISI ALAM SEKITAR
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa inggris di sebut “environment“ membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar“ adalah menuju kepada apa saja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisme di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.
PENGENALAN
Dalam usaha mengejar komodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sebuah negara tidak dapat di elakkan, manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktivitas ekonomi dan projek-projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat keslahatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah di seimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan dari hasil aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan alam. Takrifkan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut akta kualiti alam sekitar 1974 yang menyatakan bahwa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekililing dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hinggal menjelaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesehatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisme-organisme lain tumbuhan dan hewan. Pencemaran dapat dikategorikan dan di senaraikan kepada berbagai bentuk pencemaran.
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di atmosfera sehingga
berlaku nya perubahan dan menjelaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di atmosfera dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan hewan serta alam sekeliling. ini sebabkan gas dan bahan tercemar akan masuk tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Hal ini boleh menimbulkan berbagai penyakit seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia. Selain dari pada itu, bahan-bahan seperti habuk, kabus, wap atau bahan-bahan yang boleh menghalang penglihatan mata juga merupakan contoh bentuk pencemaran udara.
Komentar
Posting Komentar